Masa

Misi dan Visi

VISI
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN
AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN


MISI
Kami warga Sekolah Kebangsaan RKT Bersia akan
memastikan misi berikut dilaksanakan :
  1. Memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasiona.
  2. Membangun dan meningkatkan kualiti warga pendidikan.
  3. membudayakan HEADCOUNT di sekolah, PPD, dan JPN.
  4. Melaksanakan memantauan dan penyeliaan secara berseadu di semua peringkat.
  5. memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan program khas.

LAGU  SEKOLAH

RKT. Bersia sekolahku
Tempat menimba ilmu pengetahuan
Teruskan semangatmu
Menuju kejayaan

Cogankatamu berseru
Maju untuk mencapai cita-cita
Bersama ganding bahu
Semat ilmu di dada

Teruskan semangat
Tunaikan azam cita-cita bangsa
Hidupkan  selamat
Moga kekal selama

Pada tuhan kami pohonkan
Putra putri RKT. terus maju
Semoga dikabulkan
Generasi  berilmu

Chorus:
Teruskan semangat
Tunaikan azam cita-cita bangsa
Hidupkan  selamat
Moga kekal selama

Pada tuhan kami pohonkan
Putra putri RKT. terus maju
Semoga dikabulkan
Generasi  berilmu





DOA  SEKOLAH

Ya Allah Engkau Maha Mengetahui bahawa  kami ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati kami telah mengikut janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya dan kekalkanlah kemesraan antara hati kami ini.

Allahumma Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada hati kami  ini akan jalan Nya yang sebenar. Penuhkan piala hati kami ini dengan cahaya  Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lengkapkan hati kami ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati kami ini dengan ma’rifat tentang Mu dan sentiasa istiqamah terhadap Mu. Jika engkau mentaqdirkan kami mati, maka matikanlah kami dengan para syuhada’ dalam perjuangan menegakkan Agama Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami  dan dosa kedua ibu bapa kami, limpahkanlah  kasih Mu ke atas mereka seperti mana mereka mengasihi kami ketika kami masih bayi.

Ya Allah, sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya kami tidak dapat pengampunan dan limpahan rahmat Mu, malanglah hidup kami ini kerana terdiri dari kalangan mereka yang rugi. Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami ini.