Masa

Sejarah

LATAR BELAKANG
SEKOLAH KEBANGSAAN RKT BERSIA, 33320 GERIK,
PERAK DARUL RIDZUAN.

         Sekolah ini mula dibuka pada 25hb. Januari 1964, menumpang sementara di sebuah bangsal mengawit tembakau kepunyaan Malayan Tobacco Compay ( MTC ).
Seramai 112 orang murid dan 4 orang guru menjadi pelopor sekolah ini . Encik Mohd Bin Ali bin Md. Yasin telah dilantik menjadi Guru Besar pertama.

        Mulai 8hb. April 1964, sekolah ini berpindah  pula  ke  Dewan  Orang  Ramai kaerana bangunan yang sedang digunakan diambil semula oleh MTC untuk kerja-kerja mengawet tembakau. Bertarikh 20hb. Julai 1964 ,sekolah ini mula beroperasi di bangunan sendiri. Bangunan ini mempunyai 7 bilik darjah dan 1 pejabat. Bersama-sama dengan ini juga Kementerian Pelajaran telah membina 5 buah rumah guru kelas G.

        Pertambahan   bilangan  peneroka  dari 135  keluarga  kepada  365  keluarga menyebabkan bilangan pelajar sekolah ini bertambah. Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai DOR terpaksa digunakan semula sebagai  bilik  darjah  di  samping sebuah bangsal yang didirikan secara gotong-royong oleh ibu bapa berhampiran padang sekolah.Berikutan dari itu pihak kementerian telah meluluskan untuk satu blok bangunan 3 bilik  darjah dibina.

        Penduduk kampung tradisinol berhampiran juga menghantar anak-anak mereka bersekolah  di  sini.  Keadaan  ini  menyebabkan  bilangan  bilik  darjah  tidak  dapat menampung jumlah murid . Bagi mengatasi masalah tersebut, mulai 1975 murid sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Agama Rakyat selain DOR. Sebanyak 4 kelas  di SAR dan 2 kelas di DOR  .

        Pada tahun 1985  sekolah ini mendapat tambahan 4 bilik darjah melalui konsep gotong-royong . Dua buah lagi bangunan konsep gotong-royong dibina pada tahun 1990 dan 1996. Pada tahun 2001 sekolah ini mendapat sebuah bangunan makmal komputer dan sebuah lagi bangunan kelas mengandungi 3 bilik darjah. Pada tahun 2000 komplek guru mengandungi 60 unit rumah guru dibina dan siap pada November 2001.

        Pada 15hb. Mac 2002 sekolah ini mendapat peruntukan membina bangunan tambahan mengandungi 12 bilik darjah dan lain-lain bilik khas. Bagi memberi laluan pembinaanbangunan baru tersebut dua buah bangunan asal mengandungi 7 bilik darjah dan 3 bilik  darjah terpaksa dirobohkan. Bangunan baru ini telah siap dibina  dalam tempoh 8 bulan. Siap sepenuhnya pada bulan Disember 2002. Jabatan Kerja Raya telah menyerahkan bangunan ini kepada pihak sekolah pada 9hb. Januari 2003. Walau bagaimanapun bangunan ini tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana bekalan perabut baru belum sampai. 

         Pada bulan April, 2003 semua bangunan dapat digunakan dengan sepenuhnya. Satu kelas Prasekolah telah dibuka pada tahun 2004. Seramai 25 orang murid telah belajar di kelas tersebut. Pada tahun 2005 satu lagi kelas Prasekolah dibuka  dengan jumlah muridnya seramai 50 orang.



ETIKA KERJA SEKOLAH


  • Sentiasa menepati waktu.
  • Sasaran ke arah hasil kerja yang berkualiti tinggi.
  • Berwibawa ( credibility )
  • Boleh dipercayaai ( reliabity )
  • Adil
  • Amanah
  • Ikhlas
  • Responsiff terhadap keperluan murid dan ibu bapa
  • Berinisiatif.
  • Kreatif dan inovatif.
  • Sentiasa menuju kae arah kecemerlangan.


 PIAGAM  PELANGGAN

Kami pegawai dan kakitangan Sekolah Kebangsaan RKT Bersia, Gerik dengan penuh tekad  dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Memberi perkhidmatan iklas, didikasi dan berkualiti untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Memberi teguran yang membina dan sentiasa mengutamakan pelanggan.
  • Berusaha meningkaykan kualiti pendidikan berasaskan piawaian  yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  • Sentiasa berlaku adil dan bertindak secara profesional.
  • Memastikan keselamatan dan kebajikan murid dan staf terpelihara.
  • Sentiasa berusaha mengelak dari melakukan kesilapan, pembaziran dan penyelewengan dalam menjalankan tugas kami.

LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN RKT. BERSIA.

           Sekolah Kebangsaan RKT Bersia terletak dalam kawasan  penempatan peneroka Felda Bersia kira-kira 14 kilometer dari bandar Gerik atau 2 kilometer dari Jalan Raya Timur-Barat. Perhubungan sekolah ini melalui jalan  raya. Perkhidmatan bas awam juga terdapat di sini.



SEJARAH  KEPIMPINAN  SEKOLAH  KEBANGSAAN  RKT
BERSIA.


 Sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1964 hingga kini.

 BIL
 NAMA  GURU  BESAR
TEMPOH PERKHIDMATAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

En. Mohd Ali bin Wahab

Tuan Haji Hashim bin Musa

Tuan Haji Tajudin bin Salleh

Tuan Haji Ahmad bin Md. Hassan

Encik Mohd Alias bin Jais

Tuan Syed Jamaluddin bin Syed Salleh

Tuan Syed Abdullah bin Syed Yahya

Encik Ismail Yatim bin Sabri ( memangku )

Tuan Haji Sajri bin Md. Dom

Encik Mohd Tajuddin bin Jamil

Encik Md. Isa bin Osman

Pn. Nor Hafiza bt. Mohamad

Pn. Khairiyah bt.

En. Fakharolrazi b. Ahamed Khatidin

1964 –1973

1973 – 1978

1978 – 1983

1983 –1987

1987 – 1989

1989 –1990

1990 – 1994

1994 –1995

1995 – 1997

1997 – 1999

1999 – 2007

2007 – 2011(Bulan Mac)

2011(April – Ogos)

 Sekarang